About Me

My photo
Bercinta adalah seni. Maka kita perlu menggunakan daya kreativiti dalam meniti di atasnya. Setiap cinta melalui jalan cerita yang serupa namun tidak pernah sama. Setiap watak yang melaksanakannya adalah berbeza maka kita perlu memahaminya..:)

14 February 2011

mAtanGkah aQ!!

Saya berpisah dengan “si dia” satu ketika dahulu kerana “si dia” menyatakan bahawa saya tidak matang.Pada ketika itu,saya tertanya apa sifat matang yang perlu ada pada seorang lelaki?..Perlu Nampak tua k or perlu penampilan yang segak k?..

Jadi jawapan saya kepada soalan itu ialah,matang seorang lelaki ada 3 iaitu :
~Mampu membuat keputusan yang bijak dan memberi kebaikan kepada orang lain
~tidak mementingkan diri sendiri
~bertanggungjawab dalam setiap tindakan...

Untuk yang pertama seorang lelaki yang memang Allah sudah tetapkan supaya menjadi pemimpin mesti mempunyai minda yang pantas dan cekap utk membuat keputusan.Ditambah dengan 9 akal yang diberikan berbanding wanita yang mempunyai 1 akal,lelaki itu mesti lah membuat keputusan yang rasional dan tidak terlalu terpengaruhi dengan emosi.Sebab itu,kuasa talak juga di tangan seorang lelaki..Seseorang lelaki yang sering terpengaruh dengan emosinya adalah lelaki yang kurang kelakiannya

Untuk yang kedua ialah satu sikap mahmudah..Seorang lelaki yang matang mesti ada sifat ini..Dengan sifat ini,beliau akan lebih dihormati kerana kebanyakkan tindakannya bukan atas kepentingan peribadi tetapi lebih kepada kepentingan bersama..Tidak mementingkan diri sendiri juga berkait rapat dengan memahami..Sekiranya ingin dikaitkan dengan satu perhubungan,dengan sikap memahami dan tidak mementingkan diri sendiri,kebahagiaan dalam perhubungan akan menjelma..

Yang terakhir ialah bertanggungjawab dalam setiap tindakan,tidak dinafikan yang sifat ini adalah yang paling sukar sekali kerana bertanggungjawab bukan saja pada perbuatan yang AKAN @ SEDANG berlaku tetapi kita juga mestilah bertanggungjawab terhadap perkara yang LEPAS...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...